Selasa, 31 Disember 2013

kueh KOLE KACANG ni mmg pebret Mai sejak kecik2 lagi.. menyediakan nyer pun mudah jer ~ jomm laaa...





memang sedap sangat2 ni...

KOLEH KACANG

1 cawan santan pekat (utk tahi minyak)

1 cawan gula merah*
2 sdb gula pasir*
1 cawan air*
2 helai daun pandan(disimpul)*
~bahan* dimasak hingga larut gula
~tapis & tepikan

2 cawan santan
1 cawan tepung kacang hijau (cap kijang)
1/2 sdk garam

TAHI MINYAK
-masak 1 cawan santan sehingga menjadi tahi minyak
-apabila siap, ambil tahi minyak yg terhasil >tepikan
-dan tinggalkan 2 sdb lebihan minyak dlm kuali

-dalam bekas satukan tepung kacang hijau, santan, garam dan air gula merah dalam kacau hingga sebati.

-masukkan adunan tadi ke dalam kuali yg berisi lebihan minyak
-sentiasa dikacau supaya adunan tak bergentel2
-masak hingga pekat dan agak berkilat
-tuang adunan ke dlm loyang (oleskan dgn lebihan minyak tadi)
-taburkan tahi minyak dipermukaan nyer
-biarkan sejuk dulu, sebelum boleh dipotong
-siappp..

Dapur:
Mai Zura
Mai Share ReCipe
Mai. i share











@mazurashariff ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan